1/22 Berita Harian : Hip

Thursday, January 21, 2010


Debaran bermula
January 21, 2010 at 5:49 PM

LENYAP sudah debaran yang bersarang di hati. Penantian yang sering disifatkan sebagai satu penyeksaan kini bertukar menjadi perasaan lega buat mereka yang sebelum ini tertanya-tanya siapakah yang layak untuk bergelar Top 5 untuk acara berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.

Apa reaksi artis
January 21, 2010 at 5:42 PM

“Pertama kali bertanding dalam ABPBH 2009, kami tidak terlalu mengharapkan apa-apa. Berada di kelompok Top 5 itu sudah satu pengiktirafan untuk kami terus berkarya. Saingan semuanya sangat sengit, Hujan, Meet Uncle Hussain, Adam & Stacy dan 6ixth Sense mempunyai kekuatan tersendiri.

Dengarnya... Bunkface buat hal lagi?
January 21, 2010 at 5:32 PM

CIK Normah sebenarnya sudah letih dengar cerita perangai anggota kumpulan Bunkface terutama vokalisnya, Sam. Ada saja cerita kurang elok yang singgah ke telinga ini. Ada yang cakap mereka memang sudah tak kuasa nak melayan media, membatalkan fotografi pada saat akhir dan macam-macam lagilah.

Dengarnya... Harap Dira, Putri Mardiana tak abai imej
January 21, 2010 at 5:30 PM

CIK Normah berkesempatan pergi ke sidang media mengumumkan calon Top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 kelmarin biarpun agak lambat kerana perlu melunaskan kerja di pejabat. Apapun, Cik Normah tetap hadir memberi sokongan.

ABPBH: Penangan Sehati Berdansa?
January 21, 2010 at 5:25 PM

ENTAHKAN kerana Sehati Berdansa atau mungkin kebetulan, empat peserta musim ketiga program itu tersangkut di dalam senarai pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, yang diumumkan kelmarin.

Siri sains fiksyen Battlestar Galactica setiap Sabtu di 8TV
January 21, 2010 at 5:07 PM

IKON drama sains fiksyen dunia, Battlestar Galactica kembali dengan musim terbaru di 8TV setiap Sabtu, bermula esok, jam 10.30 malam. Drama sains fiksyen yang menerima banyak pujian luar biasa selama ini akan menjadi barisan program hebat yang lain di 8TV pada tahun 2010 ini, melalui musim keempatnya.


0 comments: